|
Menurut sebuah hadith dari
Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak dari
kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih afdhal
(utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abdur Rahman.
Sedangkan nama yang paling tepatnya ialah Harith dan Hammam. Nama
yang paling buruk pula ialah Harb (perang) dan Murrah (pahit).
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu
bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Pada
dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak bukanlah wajib
hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan dan akibat yang
timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih menjadi wajib secara
sendirinya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan
nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau
sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
- Nama-nama
Pilihan Anak Lelaki.
- Nama-nama
Dilarang dalam Islam.
|